awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
PPM rampas 30,000 liter minyak diesel diseleweng bernilai lebih RM1 juta
Lubnan, Israel adakan pertemuan pertama di Jabatan Negara AS Selasa ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta BMW musnah terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/06/2020
10:33 MYT
Kereta BMW musnah terbakar
Kebakaran itu memusnahkan 90 peratus daripada kenderaan itu. - Gambar ihsan BOMBA
Sebuah kereta mewah jenis BMW 520i musnah dalam kebakaran di Kilometer 60.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Pendang, pada petang Jumaat.

Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mangsa yang juga wanita berusia 42 tahun yang memandu kereta itu menyedari kereta tersebut mempunyai masalah apabila ternampak asap di bahagian depan kereta itu.

Berikutan itu, mangsa memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sebelum menghubungi bomba.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila sejurus keluar dari kereta, api terus merebak dengan pantas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.57 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Farid Abdullah tiba di lokasi jam 4.04 petang.

Setibanya di lokasi didapati kereta BMW itu sedang terbakar namun hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa dilaporkan berada dalam kereta itu.

Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan sebanyak 90 peratus.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai enam anggota dan sebuah jentera dari BBP Pendang.

Beliau berkata, operasi dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pendang dan Kota Sarang Semut.

Topic Berkaitan
#Kedah
#kereta BMW
#musnah terbakar
#Pendang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan