awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta rempuh gerai bazar Ramadan: Polis siasat unsur cuai

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
05:15 MYT
Kereta rempuh gerai bazar Ramadan: Polis siasat unsur cuai
Sebuah kereta menggelongsor melanggar gerai mengakibatkan peniaga cedera terkena minyak panas tumpah. - Foto PDRM
JELEBU: Polis menyiasat kemungkinan brek tangan kereta diturunkan anak pemilik sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian kereta menggelongsor di bazar Ramadan Kuala Klawang di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, terdapat pelbagai faktor kejadian itu berlaku dan kecuaian pemiliknya antara unsur disiasat polis.
"Kita mengesyaki mungkin dua kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin masih hidup itu telah turunkan brek tangan. Tapi ia masih dalam siasatan.
"Peniaga yang melecur terkena minyak panas yang tertumpah akibat kejadian itu pula masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Maslan berkata, kes disiasat mengikut Rule 14(1)(A) LN 166/59 (tidak mematikan enjin ketika meninggalkan kenderaan).
Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan diletakkan dalam keadaan selamat, selain tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Khamis lalu, media melaporkan, seorang peniaga melecur 25 peratus selepas minyak panas dalam kuali terkena pada bahagian belakang badan, paha dan betis kaki sebelah kiri selepas dilanggar kereta yang menggelongsor ke gerainya. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#kereta rempuh gerai
#Jelebu
#unsur kecuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan