awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
12:30 MYT
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Shamsul Azri (empat, kiri) berkata, lebih banyak program bersama pengamal media akan dilaksanakan selepas ini bagi memastikan hubungan yang lebih rapat. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata kerjasama sedemikian akan diteruskan dalam memastikan inisiatif serta hasrat kerajaan dapat dikongsi dan disebar luas.
Beliau berkata ini merupakan antara strategi dalam kerangka reformasi perkhidmatan awam yang direncanakan dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penglibatan dengan pengamal media ini perlu supaya mereka lebih faham dan boleh menguar-uarkan hasrat kerajaan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika beramah mesra dengan pemberita sempena pertandingan boling KSN Media Strike Challenge 2025, di sini, hari ini.
Turut hadir adalah Ketua Editor Berita Pelbagai Platform dan Pengaktifan Editorial Astro AWANI, Essan Yahya, selain Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Nur-ul Afida Kamaludin.
Lebih 200 peserta termasuk pengamal media pelbagai agensi, pengurusan tertinggi Jabatan Perdana Menteri dan anggota pejabat KSN menyertai pertandingan boling berkenaan.
Shamsul Azri yang juga Yang Dipertua Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) berkata, lebih banyak program bersama pengamal media akan dilaksanakan selepas ini bagi memastikan hubungan yang lebih rapat.
Topic Berkaitan
#kerjasama pintar
#pengamal media
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan