awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun akan keluarkan tambahan rizab minyak kecemasan
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama TLDM lindungi kapal minyak sawit di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2013
12:28 MYT
Kerjasama TLDM lindungi kapal minyak sawit di Sabah
Kapal untuk mengangkut minyak sawit dari kilang di Felda Sahabat mula beroperasi sejak minggu lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad memaklumkan pergerakan kapal dari jeti Felda di kawasan perairan itu diawasi dan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memastikan keselamatannya terjamin.
“Saya dimaklumkan keadaan di Felda Sahabat bertambah baik tambahan kita mendapat kerjasama yang baik daripada pihak TLDM”, kata Isa.
Isa pada masa sama tidak menafikan ada kawasan yang terjejas akibat pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Setakat ini pihaknya belum mengetahui jumlah kerugian dialami Felda Global Ventures (FGV) namun berikrar untuk membantu mereka yang terjejas.
Felda Sahabat mempunyai ladang kelapa sawit lebih 100,000 hektar.
Isa di temui pada majlis pecah tanah surau dan penyerahan wang tabung zakat FGV di MSM Perai.
Pada majlis sama, FGV turut melancarkan tabung wira negara Lahad Datu dan Semporna bagi membantu perajurit negara yang bertugas mempertahankan kedaulatan negara.
Topic Berkaitan
#felda sahabat
#FGV
#minyak sawit
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan