awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak

Bernama
Bernama
29/07/2019
06:17 MYT
Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak
Ahli Lembaga Pengarah Felda telah membuat penelitian sewajarnya ke atas resolusi yang dibentangkan. - Gambar fail BERNAMA
Keputusan menolak tiga resolusi berhubung pembayaran yuran serta manfaat pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) dibuat berikutan prestasi syarikat itu yang mengalami kerugian RM1.08 juta pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Beliau berkata, Ahli Lembaga Pengarah Felda telah membuat penelitian sewajarnya ke atas resolusi yang dibentangkan dan bersetuju menolak kesemua resolusi membabitkan pembayaran yuran dan manfaat kepada ahli lembaga syarikat itu.
"Lembaga Pengarah Felda juga berpandangan bahawa yuran dan manfaat pengerusinya adalah antara yang tertinggi berbanding syarikat perladangan lain yang tersenarai.
"Melangkah ke hadapan Felda dan FGV akan terus mengadakan perbincangan dan libat urus untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat, kerajaan yakin ia dapat diselesaikan dengan baik dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Datuk Hanafi Mamat yang ingin tahu punca sebenar cadangan pembayaran itu tidak diluluskan.
Pada 25 Jun lepas, pemegang saham utama FGV - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan 33.7 peratus; Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) (5.0 peratus), dan LTAT (1.25 peratus), telah menolak tiga resolusi berkaitan bayaran yuran pengarah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) kumpulan itu.
Resolusi itu bertujuan mendapatkan kelulusan berhubung pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018, bayaran yuran pengarah bagi tarikh 26 Jun 2019 sehingga AGM seterusnya dan bayaran manfaat yang boleh dibuat bagi tempoh 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayaran yuran pengarah ditolak
#Felda
#FGV
#FGV Holdings Bhd
#Kerugian FGV
#Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
#punca resolusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan