awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO jamin platform negara cemerlang menjelang 2020 - Reezal

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2015
01:53 MYT
Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO jamin platform negara cemerlang menjelang 2020 - Reezal
REEZAL: Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO jamin platform negara cemerlang menjelang 2020 - Gambar fail
Kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dipegang negara untuk penggal 2015-2019 menjamin platform kukuh untuk menjayakan Wawasan 2020.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keahlian negara di dalam UNESCO juga menjadi signifikan kerana tempoh terakhir untuk membuktikan pencapaian sebelum menjelang tahun 2020 sendiri.
"Kita perlu ada ruang untuk meneliti dan melihat praktik terbaik yang diamalkan dalam bidang-bidang pendidikan selain negara-negara yang boleh dijadikan sebagai sandaran untuk kita ikuti.
"Sebagai contoh praktis profesional dan latihan seperti di Tibet dan Jerman. Kalau di Amerika Syarikat (AS), dari segi sekolah yang berteraskan industri seperti Program Pi-Tech di mana IBM menjadikan teras kepada sekolah-sekolah di New York. Kalau di Singapura, Japan dan Hong Kong kecemerlangan dalam bidang Matematik dan Sains," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis.
Dalam pada itu kata Reezal, Kementerian Pendidikan harus melihat kedudukan negara di UNESCO sendiri dengan bidang yang akan dianggap dinilai serta menjadikan Malaysia dikenali.
"Kita mahu menjadi negara yang dikenali malah membantu negara-negara anggota yang lain.
"Menteri Pendidikan juga perlu menyatakan kesan positif yang boleh diperoleh dengan penyertaan Malaysia di dalam Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO yang boleh diaplikasi untuk negara," ujarnya.
BACA: UNESCO tetapkan hala tuju untuk lapan tahun akan datang
Sebelum ini, kenyataan UNESCO melaporkan, sesi ke-37 UNESCO akan menetapkan Strategi Penggal Sederhana baru, yang buat pertama kali meliputi tempoh lapan tahun, dari 2014 hingga 2021.
Persidangan itu juga dijangka mengesahkan penggal perkhidmatan selama empat tahun lagi bagi Irina Bokova sebagai Ketua Pengarah.
Topic Berkaitan
#Japan
#Reezal
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan