awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Aliff Syukri: Polis tunggu laporan perubatan mangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2020
13:33 MYT
Kes Aliff Syukri: Polis tunggu laporan perubatan mangsa
Polis masih menunggu laporan perubatan daripada hospital berhubung dakwaan kes pukul membabitkan anak angkat usahawan Aliff Syukri. - Gambar Instagram ALIFF SYUKRI
Polis masih menunggu laporan perubatan daripada hospital sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung dakwaan kes pukul membabitkan anak angkat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak TPR dalam masa terdekat.
“Buat masa ini, polis masih menunggu laporan perubatan mangsa daripada pihak hospital.
“Sebaik semuanya selesai, kertas siasatan kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut,” katanya dengan mengesahkan polis telah selesai merakam percakapan semua individu terlibat.
Arjunaidi berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pencegahan Jenayah dan Mini Townhall ‘Malaysiaku Aman dan Selamat’ di Dewan Serbaguna SS 3/14, di sini hari ini.
BACA: Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat
Sebelum ini, media melaporkan usahawan kosmetik berkenaan dikatakan memukul dan mencubit anak angkatnya itu sebelum pembantu rumahnya warga Indonesia membuat laporan polis pada 29 Februari lalu.
Polis kemudian telah menahan Aliff, kelmarin untuk siasatan lanjut sebelum membebaskannya dengan jaminan polis.
Dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata, penurunan kadar jenayah yang direkodkan di Selangor bagi tempoh tahun 2018 hingga 2019 adalah hasil kerjasama antara pihak polis dengan masyarakat.
“Pada tempoh itu, penurunan kadar jenayah direkodkan di seluruh negeri ini adalah sebanyak 7.2 peratus.
"Ia sebahagian daripada usaha dan peranan masyarakat yang bersama pihak polis membanteras jenayah. Kita akan terus mempergiatkan kempen kesedaran bukan saja bagi membendung jenayah kekerasan, malah merangkumi jenayah penipuan seperti Macau Scam yang banyak dilaporkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Anak angkat
#arjunaidi mohamed
#kes penderaan
#Timbalan Ketua Polis Selangor
#usahawan kosmetik terkenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan