awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari

Bernama
Bernama
21/02/2025
02:45 MYT
Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi. -- fotoBERNAMA
KUANTAN: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret di sini, berikutan tempoh reman lelaki berumur 53 tahun itu tamat hari ini.
"Polis telah mendapatkan perintah sambung reman terhadap individu terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, mayat seorang peniaga makanan wanita Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Norshamira Zainal
#kes bunuh peniaga wanita
#reman
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan