awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan

Bernama
Bernama
09/07/2024
08:33 MYT
Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,788 kes pada Minggu Epidemologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Jun lepas berbanding 2,438 kes pada minggu sebelumnya, dengan lima kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 60 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 40 kematian bagi tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME26 pula sebanyak 78 lokaliti berbanding 81 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Menurutnya daripada 78 lokaliti yang dilaporkan, 61 lokaliti di Selangor, lima di Perak, empat lokaliti di Kedah, tiga lokaliti di Negeri Sembilan, dua lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta masing-masing satu lokaliti di Sarawak dan Pulau Pinang.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat tiga kes direkodkan pada ME26 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 41 kes.
Bagi survelan zika pula, katanya sebanyak 1,282 sampel darah serta tujuh sampel urin telah dijalankan saringan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#kesihatan
#kematian
#Muhammad Radzi Abu Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan