awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes harian COVID-19 cecah 30,000 jika Omicron tidak dibendung - Khairy

Bernama
Bernama
06/01/2022
14:00 MYT
Kes harian COVID-19 cecah 30,000 jika Omicron tidak dibendung - Khairy
Meskipun jangkitan varian Omicron setakat ini tidak seteruk Delta namun jika kes meningkat sehingga 30,000, kemasukan ke hospital turut meningkat. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian COVID-19 mencecah 30,000 sekiranya langkah bagi membendung gelombang varian Omicron tidak diambil.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata justeru, keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu merupakan antara langkah yang terpaksa diambil bagi mengekang penularan varian itu.
"Berdasarkan simulasi KKM, sekiranya kita tidak ambil langkah-langkah pencegahan seperti penangguhan sementara umrah dan kuarantin, kita akan lihat kes melonjak mulai bulan ini hingga Februari dengan lebih 15,000 kes sehari," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata jangkaan itu merupakan unjuran KKM melalui model Berisiko-Terdedah-Berjangkit-Diasingkan (SEIR) yang menggunakan kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu masing-masing pada 0.95, 1.2 dan 1.6.
Mengikut model SEIR, sekiranya Rt berada para paras 1.2, kes akan meningkat kepada 10,000 sehari dan jika Rt 1.6 kes melambung mencecah 30,000 kes sehari.
Katanya meskipun jangkitan varian Omicron setakat ini tidak seteruk Delta namun jika kes meningkat sehingga 30,000, kemasukan ke hospital turut meningkat walaupun hanya pesakit kategori satu dan dua.
Mengulas pemberian dos penggalak, Khairy berkata empat pusat pemberian vaksin (PPV) integrasi dengan kapasiti lebih besar akan mula beroperasi pada 15 Jan iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan Soka Gakkai di Klang.
"Semua aktiviti pemberian dos penggalak akan dilakukan menerusi janji temu yang diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata individu boleh menghubungi PPV-GP (klinik pengamal perubatan am swasta) yang disenaraikan di laman sesawang ProtectHealth untuk mendaftar dalam senarai menunggu di klinik terbabit.
Khairy juga berkata setakat ini, 30 peratus populasi dewasa dan 52 peratus warga emas di Malaysia sudah menerima dos penggalak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Omicron
#COVID-19
#lonjakan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan