Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand

Suspek didakwa berlari masuk ke bangunan sekolah sambil membawa senapang mesin M4 dan mula melepaskan tembakan.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera apabila seorang lelaki bersenjata senapang mesingan melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Songkhla, selatan Thailand.
Antara yang cedera termasuk guru besar sekolah terbabit.
Menurut Polis Wilayah Thung Lung, pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki, dipercayai berusia 18 tahun, yang berkelakuan tidak menentu dan mengancam untuk mencederakan ibunya di sebuah rumah berhampiran Sekolah Patong Prathan Kiriwat.
Apabila polis tiba untuk menahannya, suspek didakwa berlari masuk ke bangunan sekolah sambil membawa senapang mesin M4 dan mula melepaskan tembakan.
Suspek turut menahan seorang guru dan kira-kira 300 pelajar sebagai tebusan.
Polis kemudian mengepung bangunan berkenaan dan cuba berunding dengan suspek.
Menurut laporan, berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum suspek berjaya ditahan.
Polis kini sedang menyiasat punca kejadian.
Kadar pemilikan senjata api dan pembunuhan akibat senjata api di Thailand antara yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kebanyakan senjata api dipercayai dijual oleh pegawai kerajaan dan polis, yang dibenarkan membeli dan menjualnya pada harga diskaun di bawah program ‘Kebajikan Senjata Api’ kerajaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
