awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Jong Nam: Sebarang kenyataan polis akan ganggu perancangan kerajaan - KPN

Bernama
Bernama
29/03/2017
16:04 MYT
Kes Jong Nam: Sebarang kenyataan polis akan ganggu perancangan kerajaan - KPN
Khalid meminta semua pihak media untuk memberi kerjasama sehingga perancangan yang dibuat selesai. - Gambar fail
Sebarang kenyataan Polis Diraja Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam hanya akan menganggu perancangan kerajaan dalam hal itu ketika ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata ketika ini 'sesuatu sedang berlaku' melibatkan isu berkenaan dan pihak media diminta bersabar.
Khalid meminta semua pihak media untuk memberi kerjasama sehingga perancangan yang dibuat selesai.
"Sesuatu sedang berlaku, bila sampai masa akan ada kenyataan yang akan dibuat. Mungkin bukan daripada saya tetapi daripada pihak lain.
"Sebarang kenyataan sekarang (isu Jong-nam) hanya akan menggugat perancangan yang sedang dirancang kerajaan," kata Khalid, yang enggan mengulas lanjut, selepas menghadiri majlis bingkisan kasih Orang Kota Bharu (OKB) bersama PDRM, di sini.
Pada majlis itu, Khalid dianugerahkan Tokoh Satria Negara daripada Persatuan OKB.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas oleh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik.
Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia terjejas berikutan kenyataan yang diberi bekas Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol.
Pada 4 Mac lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil oleh Wisma Putra. Beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#kim jong nam
#KPN
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan