awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/10/2024
04:10 MYT
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
Menurut polis, semua suspek telah dibebaskan dengan jaminan pada jam 7 petang Sabtu, selepas selesai dirakam keterangan.
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu sebelum ditemui selamat namun mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan, selain didakwa menjadi mangsa seksual.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Mohd Razali Mohd Idrus, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan telah ditahan pada Jumaat lalu.
"Tangkapan dibuat di rumah suspek dan mereka mempunyai adik-beradik belajar di tahfiz yang sama.
"Suspek berusia 20 tahun telah dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman dan mahkamah membenarkan reman satu hari.
"Manakala suspek berusia 13 dan 15 tahun tidak direman kerana di bawah umur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Razali berkata, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 7 petang, pada Sabtu selepas selesai dirakam keterangan.
"Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor perubatan," ujarnya.
Pada Jumaat lalu, empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemui selamat namun mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan, selain didakwa menjadi mangsa seksual.
Mereka yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, turut dikatakan melarikan diri dari pusat tahfiz itu kerana tidak tahan menjadi mangsa buli.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur sejurus mereka ditemui, menemukan beberapa kesan kecederaan baharu dan lama pada tubuh mereka.
Topic Berkaitan
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#pelajar tahfiz
#tiga beradik ditahan polis
#buli
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan