awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac

Bernama
Bernama
18/01/2023
06:43 MYT
Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Najib dan Arul Kanda didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000. - Fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 Mac ini untuk keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Sebelum ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan untuk menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi, mengesahkan tarikh baharu keputusan itu dan memaklumkan pihaknya menerima e-mel daripada mahkamah hari ini.
Beliau berkata berdasarkan e-mel itu, Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas menyatakan keputusan kes yang ditetapkan pada 30 Jan dilapangkan dan semua pihak tidak perlu hadir pada tarikh berkenaan.
"Tarikh baharu untuk keputusan telah ditetapkan semula pada Jumaat, 30 Mac jam 9.30 pagi," katanya.
Pada 7 Sept 2022, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas mengemukakan 16 saksi termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (NAD) Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.
Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Arul Kanda
#pinda laporan audit
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan