awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/03/2021
04:54 MYT
Kes pukul tular: Pemandu teksi warga emas, penunggang motosikal ditahan
Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak. - Gambar IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA: Polis menahan dua individu termasuk pemandu teksi berusia 71 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di persimpangan lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara, di sini yang tular di media sosial, sejak petang semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang, penunggang motosikal yang melalui kawasan itu dikatakan membunyikan hon apabila pemandu teksi terbabit memotong laluan secara melulu tanpa memberi isyarat.
Setibanya di persimpangan lampu isyarat, kata beliau, lelaki berusia 46 tahun itu menegur pemandu teksi terbabit yang didakwa memandu dalam keadaan berbahaya.
"Pergaduhan yang pada awalnya bermula dengan pertengkaran mulut berakhir dengan insiden memukul.
"Sambil mengetuk cermin kereta, penunggang motosikal itu dipercayai meminta pemandu teksi supaya berhenti dan menyelesaikan isu tersebut.
"Barangkali berang dengan 'ajakan' penunggang motosikal itu, lelaki warga emas itu mengeluarkan sebatang besi dipercayai steering lock dan menyerangnya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Nik Ezanee turut mengesahkan, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak.
Dalam laporan yang dibuat oleh pemandu teksi itu, lelaki itu mendakwa penunggang motosikal itu mengugutnya dengan menggunakan topi keledar sebelum merampas steering lock dan bertindak memukulnya.
Ekoran itu kata beliau, polis menahan kedua-dua suspek di Mutiara Damansara, di sini kira-kira pukul 4.25 pagi, Sabtu.
Semakan juga katanya, mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod lampau.
"Permohonan perintah reman di Mahkamah Petaling Jaya hari ini ke atas pemandu teksi bagaimanapun ditolak atas faktor usia.
"Atas faktor keadilan, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan," jelasnya.
Beliau memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecedaeraan.
Jika disabit dengan kesalahan ,mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pada masa yang sama, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 160 kanun sama kerana melakukan gaduh gempar, yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial sejak petang semalam.
Topic Berkaitan
#video tular
#Petaling Jaya
#Ketua Polis Negara
#IPD Petaling Jaya
#gaduh
#mendatangkan kecederaan
#Mahkamah Petaling Jap ya
#diikat jamin
#pemandu teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan