awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol termasuk babit pasangan kekasih bawah umur di Pahang meningkat

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2021
13:25 MYT
Kes rogol termasuk babit pasangan kekasih bawah umur di Pahang meningkat
Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, peningkatan lebih 12 peratus itu kebanyakannya membabitkan golongan remaja di bawah umur 19 tahun. - Gambar hiasan
KUANTAN: Kes rogol termasuk pasangan kekasih bawah umur di Pahang merekodkan peningkatan sebanyak 94 kes dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu berbanding 84 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, peningkatan lebih 12 peratus itu kebanyakannya membabitkan golongan remaja di bawah umur 19 tahun.
Menurutnya, sebanyak 89 kes melibatkan kejadian rogol bawah umur yang dilaporkan berlaku atas dasar suka sama suka.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati hubungan seks yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.
"Malah, kedua-dua mangsa dan si pelaku juga saling mengenali kerana berkenalan di laman sosial dengan menggunakan aplikasi Instagram, Facebook, WhatsApp dan pelbagai saluran media sosial yang digunakan.
"Kebanyakan kes yang dilaporkan juga didapati berlaku di rumah mangsa atau si pelaku itu sendiri," katanya pada sidang akhbar di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ramli menjelaskan, pihaknya turut menerima laporan berhubung terdapat kes sumbang mahram, rogol perseorangan dan berkumpulan daripada mangsa.
Beliau berkata, kesemua jenayah membabitkan kes rogol boleh disiasat iaitu kesalahan rogol secara perseorangan yang disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.
"Mana-mana individu yang melalukan kesalahan sumbang mahram pula disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.
"Bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun pula disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan," katanya.
Sehubungan itu, Ramli berkata, pelbagai usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh polis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui kempen kesedaran jenayah dan ceramah.
"Namun, kita memerlukan peranan daripada ibu bapa sendiri bagi mengawal dan mengawasi tingkah laku anak masing-masing," ujarnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Kes rogol di Pahang meningkat
Topic Berkaitan
#kes rogol
#bawah umur
#Pahang
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan