awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes sindiket tipu pekerjaan Kemboja: Suspek warga Malaysia ditangkap

Rohana Wahed
Rohana Wahed
23/02/2019
14:21 MYT
Kes sindiket tipu pekerjaan Kemboja: Suspek warga Malaysia ditangkap
Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, dibebaskan pada 15 Feb lalu selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia. - BERNAMA
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kuching pada petang Sabtu.
Mengesahkan tangkapan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditangkap pada puku 3 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Menurutnya, suspek pada awalnya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Namun hasil temu bual itu, Mustafa mendedahkan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penipuan berkenaan.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, Mustafa berkata, pihaknya mungkin akan memohon reman bagi suspek sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Tambahnya, setakat ini seramai 23 orang telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Kemboja
#Kuching
#Polis Sarawak
#sindiket pekerjaan
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan