awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Pasukan JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis - Ayob Khan

Bernama
Bernama
16/08/2025
00:50 MYT
Kes Zara Qairina: Pasukan JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis - Ayob Khan
AYOB KHAN: Siasatan ini berkaitan ketidakpatuhan SOP siasatan kes Zara Qairina dan penyeliaan terhadap pegawai penyiasat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan ke Sabah dalam masa terdekat bagi merakam keterangan tiga pegawai kanan polis yang terlibat dalam siasatan awal kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchai berkata JIPS telah membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) terhadap Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah berpangkat Asisten Superintenden (ASP), dan pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang disyaki melakukan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan siasatan kes tersebut.
"Pegawai JIPS Bukit Aman akan ke sana dalam tempoh satu atau dua hari lagi bagi mengambil keterangan ketiga-tiga pegawai berkenaan... siasatan ini berkaitan ketidakpatuhan SOP siasatan kes Zara Qairina dan penyeliaan terhadap pegawai penyiasat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Makan Suap di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini malam tadi.
Ayob Khan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia yang bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku ketidakpatuhan SOP siasatan
Setakat ini, katanya, ketiga-tiga pegawai kanan terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.
Pada Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam sidang media memaklumkan dapatan awal siasatan Pasukan Petugas Khas Bukit Aman mendapati wujud unsur ketidakpatuhan SOP oleh pegawai penyiasat berhubung kes kematian Zara Qairina.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital, setelah dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi 16 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Ayob Khan Mydin Pitchai
#rakam keterangan pegawai polis
#tidak patuh sop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan