awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesedaran mengenai penyakit kanser belum capai maksimum - Pengarah HRPZ II

Bernama
Bernama
02/02/2022
07:57 MYT
Kesedaran mengenai penyakit kanser belum capai maksimum - Pengarah HRPZ II
Usaha membina kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit berbahaya perlu digerakkan lebih aktif lagi oleh KKM dan NGO. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tahap kesedaran penduduk mengenai penyakit kanser masih belum mencapai tahap maksimum terutama sekali dalam mengesan penyakit itu pada peringkat awal, kata Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali.
Beliau berkata sehubungan itu usaha membina kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit berbahaya perlu digerakkan lebih aktif lagi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita (HRPZ II) mempunyai banyak kepakaran dan teknologi rawatan untuk merawat mereka (pesakit kanser). Kesedaran sangat penting kepada pesakit dan mereka perlu mendapatkan rawatan secepatnya dengan mengikuti perancangan perawatan yang telah ditentukan oleh doktor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sehari Bersama Pesakit Kanser Sempena Hari Kanser Sedunia 2022 di HRPZ II di sini hari ini.
Program turut dihadiri Pengasas Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi serta 125 pesakit kanser yang terpilih dari seluruh Kelantan untuk menerima sumbangan wang tunai daripada YKKK serta bakul makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanser
#Kesedaran
#rakyat Malaysia
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan