awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesejahteraan fizikal, kesihatan adalah kunci kebahagiaan hidup rakyat Malaysia - Kajian Ipsos

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
08/10/2020
04:47 MYT
Kesejahteraan fizikal, kesihatan adalah kunci kebahagiaan hidup rakyat Malaysia - Kajian Ipsos
Kajian yang dijalankan dari 24 Julai hingga 7 Ogos itu juga mendapati sebanyak 56 peratus daripada responden mengakui bahawa mereka tidak aktif secara fizikal, sejak penularan COVID-19. - Foto fail Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Pandemik COVID-19 sememangnya memberikan kesan terhadap semua pihak bukan sahaja dari segi kesejahteraan hidup malah kesihatan rakyat.
Biarpun berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu, hasil kajian Firma Penyelidikan Pasaran, Ipsos Malaysia, mendapati ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kunci kepada kebahagian hidup adalah kesejahteraan fizikal serta tahap kesihatan yang baik.
Hasil kajian yang dijalankan terhadap 500 responden itu mendapati 55 peratus daripada rakyat Malaysia bersetuju bahawa kesejahteraan fizikal serta tahap kesihatan yang baik adalah kunci kebahagiaan dalam kehidupan.
Malah, kajian yang dijalankan dari 24 Julai hingga 7 Ogos itu juga mendapati sebanyak 56 peratus daripada responden mengakui bahawa mereka tidak aktif secara fizikal, sejak penularan COVID-19.
Daripada jumlah itu, 9 peratus juga mengaku tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal susulan penularan virus pembunuh itu.
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Bukan itu sahaja, kajian tersebut juga dilakukan ke atas 19,516 responden dari beberapa negara serantau.
Daripada itu, ramai responden dari negara serantau turut mengakui bahawa mereka terkesan dari segi kesejahteraan mental ekoran arahan berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, jika dibandingkan dengan negara-negara serantau, peratusan rakyat Malaysia adalah lebih baik iaitu sebanyak 44 peratus, berbanding rakyat di negara-negara terlibat seperti Filipina (62 peratus), Singapura (57 peratus), Thailand (56 peratus), Vietnam (54 peratus) dan Indonesia (50 peratus).
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Dapatan kajian Ipsos Malaysia 2020
Topic Berkaitan
#Kajian Ipsos
#Ipsos Malaysia
#statistik
#data
#Indonesia
#Thailand
#Vietnam
#Singapura
#Filipina
#kesihatan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Malaysia
#koronavirus
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#kesejahteraan
#tidak aktif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan