awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan di Timur Tengah: Rakyat Malaysia di Jordan, Bahrain dinasihat kekal di tempat selamat

Bernama
Bernama
28/02/2026
23:31 MYT
Ketegangan di Timur Tengah: Rakyat Malaysia di Jordan, Bahrain dinasihat kekal di tempat selamat
Kedutaan Besar Malaysia di Amman memantau rapat perkembangan semasa serangan-serangan yang berlaku ke atas Iran. - Facebook Embassy of Malaysia in Amman, Jordan
Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dan Kedutaan Besar Malaysia di Bahrain menggesa rakyat Malaysia di kedua-dua negara itu untuk kekal tenang dan berada di tempat yang selamat susulan serangan udara Israel ke atas Iran pada Sabtu.
Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dalam notis konsular yang dimuat naik di Facebook turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa merujuk kepada sumber yang sah dan arahan pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia juga adalah dinasihatkan untuk kekal berada di tempat yang selamat dan tidak berada berhampiran kemudahan ketenteraan serta menjauhi sebarang serpihan yang jatuh,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada pihak kedutaan melalui e-mel: [email protected] atau menerusi talian +962 78666 0220 / + 962 79270 7888 / + 962 78590 2400.
Menurut kenyataan itu Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan memantau rapat perkembangan semasa serangan-serangan yang berlaku ke atas Iran.
Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Besar Malaysia di Manama menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke Bahrain supaya bertenang dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Bahrain, pihak berkuasa tempatan serta pengumuman syarikat penerbangan untuk maklumat terkini berkaitan perjalanan dan keselamatan.
Kedutaan itu turut menggesa rakyat Malaysia supaya berada di dalam bangunan atau di lokasi yang selamat serta menjauhi tingkap.
“Kedutaan di Mahooz juga dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan perlindungan. Sila berhati-hati, patuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan elakkan menyebarkan maklumat yang tidak disahkan,” menurut kenyataan itu dalam satu hantaran di Facebook.
Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia di Bahrain boleh menghubungi kedutaan di talian +973 3899 0749 (kecemasan sahaja) atau e-mel: [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Besar Malaysia
#Jordan
#Israel serang Iran
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan