awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah NS meninggal dunia

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/09/2021
06:23 MYT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah NS meninggal dunia
Allahyarham yang dijadual bersara wajib pada bulan hadapan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada 8 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19.
SEREMBAN: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak, 59, meninggal dunia awal pagi tadi, akibat kesan sampingan selepas dijangkiti COVID-19 atau ‘Long Covid’.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Yusof berkata, Allahyarham yang dijadual bersara wajib pada bulan hadapan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada 8 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19.

Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 1.35 pagi tadi akibat ‘COVID-19 class SB with secondary infection’.

“Selepas sembuh daripada COVID-19, arwah dilaporkan mengalami sindrom 'Long Covid' dan sedang dalam tempoh bercuti sebelum menamatkan perkhidmatan pada 9 Oktober ini. “Allahyarham sememangnya seorang pegawai yang komited dalam tugas dan kontinjen Negeri Sembilan amat terkesan dengan pemergiannya,” katanya ketika dihubungi.

Ujar Mohammad, Allahyarham telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan secara bersara wajib pada awal Oktober depan. Allahyarham meninggalkan 10 anak dan seorang balu, Noor As Azura Md Aris yang kini menetap di Seremban 2. Katanya, jenazah Allahyarham disolatkan di Surau IPK Negeri Sembilan dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang pada jam 10 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#JSJ Negeri Sembilan
#ACP Ramlan Abdul Razak
#meninggal dunia
#akibat COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan