awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua kampung diminta main peranan cegah Zika

Bernama
Bernama
05/09/2016
09:45 MYT
Ketua kampung diminta main peranan cegah Zika
Ismail Sabri sewaktu perasmian Inisiatif Tanggungjawab Sosial korporat Pembaikan Tabika Kemas di Kampong Guar, Manong dekat sini hari ini. - Foto Bernama
Semua ketua kampung di seluruh negara diminta memainkan peranan bagi memastikan kawasan mereka sentiasa bersih untuk mencegah penularan virus zika.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata virus Zika amat berbahaya dan pencegahan awal diperlukan bagi membendungnya.
"Saya juga telah mengarahkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya menjaga kebersihan dan tidak membiarkan air bertakung bagi mengelak nyamuk Aedes yang membawa demam denggi dan Zika membiak," katanya.
Ismail Sabri bercakap kepada pemberita selepas perasmian Inisiatif Tanggungjawab Sosial korporat Pembaikan Tabika Kemas di Kampong Guar, Manong dekat sini hari ini.
Selain Zika, Ismail juga meminta ketua kampung agar memastikan masalah sosial, kesihatan dan dadah diberikan perhatian serius.
Setakat semalam, dua kes Zika dilapor berlaku dalam negara. Kes pertama berlaku apabila penghidapnya didapati positif virus berkenaan selepas pulang dari Singapura.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#jangkitan Zika
#kawalan kebersihan
#ketua kampung
#virus Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan