awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2024
12:25 MYT
Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Anwar berkata, pelan baharu itu yang merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur itu bakal memberi ruang pembaharuan sebenar di samping mengekalkan identiti asal. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan baharu yang merangkumi Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan bangunan Carcosa Seri Negara bakal memberi ruang pembaharuan sebenar di samping mengekalkan identiti asal.
"Ini adalah satu wajah Kuala Lumpur dari warisan Bangunan Sultan Abdul Samad di mana diletakkan warisan tetapi digabungkan tentang aspek yang dianggap moden dan dunia AI (kecerdasan buatan).
"Sebelum belanjawan Oktober ini, saya mahu pastikan supaya ada gambaran jelas pada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Khazanah ke-30 di sini, pada Selasa.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kerajaan telah memberikan satu amanah yang sangat besar untuk menentukan wajah Kuala Lumpur itu tidak hilang daripada wajah warisan dan antarabangsa
"Di samping itu, ia juga memberikan suatu anjakan baru peranan dunia untuk kita memiliki masa depan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Khazanah
#kecerdasan buatan
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan