awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khemah tambahan di masjid dibenarkan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2020
08:14 MYT
Khemah tambahan di masjid dibenarkan - Ismail Sabri
Kerajaan membenarkan khemah tambahan dipasang untuk solat berjemaah di masjid.
Kerajaan kini membenarkan khemah tambahan dipasang untuk solat berjemaah di masjid.
Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kebenaran diberikan asalkan khemah berkenaan dalam perkarangan rumah ibadat itu.
"Apabila saya mengumumkan dulu hanya satu pertiga jemaah dalam masjid, saya juga umum solat di perkarangan masjid. Ada permohonan baharu sebab kita sudah buka, dengan syarat ada penjarakan sosial. Namun kalau tak cukup, mesyuarat bersetuju untuk mereka memasang khemah di luar masjid tetapi mesti dalam, tidak boleh di luar pagar," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Sementara itu, beliau sekali lagi menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai jumlah kapasiti jemaah di masjid dan surau.
Ismail Sabri berkata, masjid dan surau dibenarkan untuk memperluaskan kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah mengikut saiz dan ruang solat serta tidak terhad kepada hanya satu pertiga daripada keluasan rumah ibadat.
Kebenaran turut diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam lain di Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, penjarakan sosial serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan perlu dipatuhi.
"Setakat ini, pemantauan pihak berkuasa telah mendapati kesemua masjid dan surau serta jemaah yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan. Kebenaran ini juga boleh digunapakai di rumah ibadat bukan Islam tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial.
"Bagi upacara keagamaan Kristian di gereja yang dijalankan dalam pelbagai bahasa, mereka dibenarkan mengadakan upacara berkenaan secara bergilir," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Islam
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#Media
#menteri
#operasi
#penjarakan sosial
#rumah
#Solat Jumaat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan