awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kikis sikap mempertahankan pemimpin yang curi wang rakyat - Anwar

Bernama
Bernama
09/09/2018
22:33 MYT
Kikis sikap mempertahankan pemimpin yang curi wang rakyat - Anwar
Anwar menegaskan hak Felda dapat dikembalikan dalam masa terdekat dan membaik pulih semula kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama dahulu. - Gambar fail
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya mengikis sikap mempertahankan pemimpin yang melakukan kemungkaran biarpun mempunyai pegangan agama dan budaya yang sama.
Beliau berkata rakyat seharusnya bijak membezakan baik dan buruk dalam mempertahankan seseorang itu dan bukan berdasarkan faktor bangsa, budaya dan agama yang sama.
"Sikap rakyat sekarang ini tidak mengapa mempertahankan individu yang sudah melanggar hukum agama seperti merompak duit rakyat, rasuah asalkan adat, agama, budaya kita sama," katanya ketika berucap pada majlis Agenda Malaysia Baharu di padang Felda Jelai 4 di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan hak Felda dapat dikembalikan dalam masa terdekat dan membaik pulih semula kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama dahulu.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melakukan pembaharuan dengan memulihkan kerosakan dan mengembalikan semula hak Felda yang diseleweng sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agenda Malaysia Baharu
#Anwar Ibrahim
#curi
#Felda
#hukum agama
#kemungkaran
#kerajaan baharu
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#pemimpin
#wang rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan