awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM beri jaminan tindakan pembetulan sistem NG MERS 999 dibuat dengan teratur - Dzulkefly

Bernama
Bernama
22/11/2025
13:35 MYT
KKM beri jaminan tindakan pembetulan sistem NG MERS 999 dibuat dengan teratur - Dzulkefly
Dzulkefly menegaskan panggilan 999 berfungsi seperti biasa dan orang awam boleh hubungi talian berkenaan pada bila-bila masa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan memastikan semua tindakan pembetulan pelaksanaan platform baharu Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) dibuat secara teratur, berdasarkan data dan kepakaran teknikal demi keselamatan rakyat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memastikan perkhidmatan ambulans terus beroperasi, selain langkah pelarasan dibuat bagi menambah baik aliran kerja panggilan perubatan mengikut keperluan KKM dan model operasi yang terbukti stabil.
Pada masa sama, beliau menegaskan panggilan 999 berfungsi seperti biasa dan orang awam boleh hubungi talian berkenaan pada bila-bila masa.
"Gunakan (panggilan) 999 untuk kecemasan sebenar dan mohon hormati petugas kami atau operator yang kerja tanpa henti, semasa dalam proses menyesuaikan diri dengan sistem baharu. NG999 ialah sistem kritikal negara," katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa NG MERS 999 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.25 bilion untuk tempoh 11 tahun.
DZULKEFLY-NG 999 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Kos berkenaan bersamaan sekitar RM113 juta setahun, yang merangkumi aspek reka bentuk, pembangunan, pemasangan, pengujian, komisen, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan keseluruhan sistem NG MERS 999 itu.
"Bagi kos operasi setahun untuk aplikasi SaveME999 dan Responder App pula bernilai RM880,000 atau 0.78 peratus. SaveME 999 sudah dibangunkan sejak 2013 dan aplikasi itu adalah tambahan kepada ekosistem NG MERS 999 yang baharu," katanya.
Dzulkefly berkata satu Jawatankuasa Khas Bersama melibatkan Kementerian Komunikasi dan KKM juga ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan dan kestabilan sistem itu.
NG MERS 999 mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Nov 2025 sebagai kesinambungan sistem MERS 999 yang mula digunakan pada 2007 dan dibangunkan bagi meningkatkan keberkesanan tindak balas kecemasan negara melalui rangkaian komunikasi yang lebih pantas, tepat, moden dan inklusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#NG MERS 999
#Dzulkefly Ahmad
#pembetulan sistem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan