awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM nafi keluar arahan sedia saluran mengundi bagi kes positif COVID-19

Bernama
Bernama
11/03/2022
09:55 MYT
KKM nafi keluar arahan sedia saluran mengundi bagi kes positif COVID-19
"Sila abaikan rakaman audio ini dan ikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya," menurut KKM. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pernah mengeluarkan arahan mengenai penyediaan saluran mengundi Pilihan Raya Negeri Johor bagi mereka yang positif COVID-19 seperti ditularkan menerusi media sosial.
KKM dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook meminta orang ramai supaya mengabaikan rakaman audio yang tular tersebut.
"Sila abaikan rakaman audio ini dan ikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya," menurut KKM.
Terdahulu, tular satu rakaman audio berdurasi 1.08 saat yang mendakwa kononnya mereka yang positif COVID-19 boleh mengundi dengan syarat perlu memaklumkan KKM mengenai butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon.
Rakaman audio itu turut mendakwa kenderaan KKM yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) akan membawa pengundi yang positif COVD-19 pergi dan pulang dari pusat mengundi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#PRN Johor
#COVID-19
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan