awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM teliti cadangan buah, sayur disenaraikan dalam bantuan SARA

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2025
09:00 MYT
KKM teliti cadangan buah, sayur disenaraikan dalam bantuan SARA
Dr Dzulkefly (tiga dari kiri) sewaktu melancarkan National Blueprint for Behavioural Insights in Health di sini, pada Khamis. - Astro AWANI/Shahir Omar
CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan untuk memasukkan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam senarai barangan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata cadangan itu wajar diberi pertimbangan kerana ia selari dengan strategi menggalakkan masyarakat membuat pilihan makanan lebih sihat.
“Mungkin saya akan ambil sebagai satu pandangan, satu pertimbangan. Ini adalah antara strategi nudging (usaha secara beransur-ansur untuk mengubah kepada tabiat positif) yang perlu kita fikirkan kerana ramai rakyat tidak suka makan sayur dan buah-buahan.
"Soalnya, bagaimana kita boleh galakkan mereka agar lebih cenderung mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Cadangan ini sangat baik dan saya akan angkat ke Kabinet untuk pertimbangan yang bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan National Blueprint for Behavioural Insights in Health di sini, pada Khamis.
Menurut Dr Dzulkefly, usaha menjadikan makanan sihat lebih mampu milik dan mudah didapati adalah sebahagian daripada strategi pendekatan halus bagi mengubah gaya hidup rakyat.
Pada masa ini, Bantuan SARA hanya meliputi 14 barangan keperluan asas termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin serta ubat-ubatan.
Setakat ini, lebih 13 juta rakyat Malaysia telah membuat penebusan Bantuan SARA secara one-off bagi pembelian keperluan barangan asas.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kabinet
#buah-buahan
#sara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan