awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL bermandi cahaya jingga Sabtu ini

Bernama
Bernama
12/09/2022
23:54 MYT
KL bermandi cahaya jingga Sabtu ini
Dr Noor Hisham berkata pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan di Tasik Simfoni, Suria KLCC serta pertandingan fotografi. - Facebook Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Beberapa mercu tanda di ibu negara akan disinari dengan cahaya warna jingga sempena dengan warna tema Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bagi menunjukkan solidariti terhadap keselamatan pesakit, Sabtu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam hantaran di Facebooknya semalam, berkata tiga lokasi ikonik iaitu Tasik Simfoni, Suria KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan disinari dengan penyalaan lampu berwarna jingga bermula 8 malam hingga 10 malam.
Di samping itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Institut Perubatan Respiratori turut menyertai program solidariti tersebut.
Sempena acara itu, Dr Noor Hisham berkata pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di Tasik Simfoni, Suria KLCC serta pertandingan fotografi.
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 Sept setiap tahun bertujuan menyeru perpaduan global dan tindakan bersepadu oleh semua pihak untuk meningkatkan keselamatan pesakit serta mengiktirafnya sebagai keutamaan kesihatan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#cahaya jingga
#Hari Keselamatan Pesakit Sedunia
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan