awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengarah syarikat ditahan SPRM babit rasuah RM100,000
Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri kerajaan, had lawatan luar negara – PM Anwar
Serangan ke atas kemudahan strategik AS isyarat peralihan imbangan kuasa di Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kod QR terkecil dunia hanya boleh dibaca guna mikroskop elektron

Astro AWANI
Astro AWANI
20/02/2026
03:52 MYT
Kod QR terkecil dunia hanya boleh dibaca guna mikroskop elektron
Kod QR ini diukir menggunakan teknologi pancaran ion terfokus pada filem seramik nipis, dengan setiap piksel bersaiz 49 nanometer, iaitu kira-kira satu per sepuluh panjang gelombang cahaya tampak. -Foto Amanz
SEKUMPULAN penyelidik dari Vienna University of Technology (TU Wien) dengan kerjasama syarikat storan Cerabyte berjaya menghasilkan kod QR terkecil di dunia, berkeluasan hanya 1.98 mikrometer persegi, sekali gus menjadikannya lebih kecil daripada kebanyakan bakteria.
Pencapaian ini telah disahkan oleh Guinness World Records, lapor Amanz.
Kod QR ini diukir menggunakan teknologi pancaran ion terfokus pada filem seramik nipis, dengan setiap piksel bersaiz 49 nanometer, iaitu kira-kira satu per sepuluh panjang gelombang cahaya tampak.
Disebabkan saiznya yang terlalu kecil, kod ini tidak dapat dilihat atau dibaca menggunakan mikroskop optik, sebaliknya memerlukan mikroskop elektron untuk memaparkan butirannya.
Walaupun berskala nano, struktur kod QR tersebut kekal stabil dan boleh dibaca berulang kali tanpa mengalami masalah penyebaran atom atau degradasi – isu utama yang sering berlaku pada struktur bersaiz atomik.
Penyelidik menjangkakan teknologi ini membuka ruang kepada storan jangka panjang berasaskan bahan seramik, yang mampu mengekalkan data selama berabad-abad tanpa memerlukan kuasa, penyejukan atau penyelenggaraan berkala, sekali gus berpotensi menjadi alternatif kepada media storan moden yang berjangka hayat pendek.
Topic Berkaitan
#teknologi nano
#kod QR
#Guinness World Records
#TU Wien
#Vienna University of Technology
#Cerabyte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan