awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
Venezuela maklum PBB jumlah rampasan dadah 2025 catat rekod tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat ditahan SPRM babit rasuah RM100,000

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/03/2026
08:58 MYT
 Pengarah syarikat ditahan SPRM babit rasuah RM100,000
Suspek lelaki itu ditahan pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. - Gambar hiasan

Seorang pengarah syarikat ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pemaju hartanah sebagai balasan menyerahkan tanah milik bekas pekerja-pekerja sebuah ladang di Selangor bagi tujuan pembangunan komersial.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 12.20 tengah hari, Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga tahun lalu apabila menyerahkan tanah milik 136 pekerja ladang tanpa pengetahuan dan kebenaran pekerja-pekerja tersebut.

"Suspek yang merupakan pemegang amanah ke atas tanah seluas lapan ekar itu dipercayai menerima wang rasuah beberapa kali dalam tempoh lima tahun dan dia juga turut menerima wang kira-kira RM5 juta hasil pengambilan tanah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Khamis bagi permohonan reman.

Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#suapan
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan