awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
Venezuela maklum PBB jumlah rampasan dadah 2025 catat rekod tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri kerajaan, had lawatan luar negara – PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/03/2026
08:36 MYT
Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri kerajaan, had lawatan luar negara – PM Anwar
Perdana Menteri berkata, ia sebagai langkah berjimat-cermat dan mengutamakan kesiapsiagaan negara susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. - Foto Bernama
Kesemua kementerian, jabatan kerajaan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai langkah berjimat-cermat dan mengutamakan kesiapsiagaan negara susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu, sebagai langkah berhati-hati memandangkan situasi geopolitik global yang tidak menentu memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.
“Ini mesej perbelanjaan lebih cermat. Walaupun bekalan minyak dan gas negara masih mencukupi, kita ambil langkah waras supaya tidak terjebak dalam keadaan lebih sukar. Sebaiknya sederhana dan bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media khas di sini, pada Rabu.
Anwar berkata, semua program rumah terbuka yang melibatkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan akan ditiadakan sebagai simbol kesederhanaan dan keutamaan terhadap kestabilan fiskal negara.
Dalam masa sama, Anwar memaklumkan bahawa semua menteri, timbalan menteri, ketua jabatan, serta agensi GLC dan GLIC dihadkan daripada melakukan lawatan luar negara, kecuali yang benar-benar wajib dan telah dijadualkan.
“Menteri dan seluruh anggota pentadbiran serta jabatan dihadkan lawatan atau kunjungan luar negara kecuali yang wajib hadir. Oleh kerana perkembangan ini dalam masa yang pantas dan menuntut kita mengkaji secara dekat, kita putuskan mesyuarat Jemaah Menteri Khas akan diadakan pada pagi Jumaat, 13 Mac.
“Ini akan beri ruang kepada Jemaah Menteri untuk teliti kedudukan fiskal negara, pantau perkembangan semasa, dan tentukan hala tuju serta langkah seterusnya,” katanya lagi.
Katanya, perkembangan konflik Asia Barat berlaku dengan sangat pantas dan memerlukan kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pemantauan ekonomi serta keselamatan rakyat.
“Oleh kerana perkembangan itu sangat cepat dan menuntut kita kaji secara dekat, maka kita putuskan lawatan luar negara dihadkan kecuali yang wajib. Keutamaan sekarang ialah memastikan persiapan negara berada pada tahap terbaik,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#Aidilfitri
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan