awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2020
03:15 MYT
Kolam tadahan tidak diselenggara punca banjir di Johor Jaya
Tan Tuan Peng berkata, tiada penyelenggaraan menyebabkan masalah bertambah buruk setiap kali musim hujan. - Astro AWANI
Kegagalan menyelenggara kolam tadahan yang berfungsi menampung banjir dan menghalang air pasang daripada memasuki sistem perparitan menjadi punca berlaku banjir kilat di kawasan Johor Jaya baru-baru ini.
Keadaan bertambah buruk apabila kejadian tanah mendap juga menjadi halangan kepada laluan air di kawasan itu.
Bekas Ahli Majlis Pasir Gudang Tan Tuan Peng berkata, tiada penyelenggaraan menyebabkan masalah bertambah buruk setiap kali musim hujan.
"Setiap kali banjir kilat berlaku, ia turut memberi kesan di kawasan dekat Taman Gaya, Pelangi Indah, Plentong dan Taman Moun Austin," katanya.
Masalah berlarutan sejak bertahun lama itu juga akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan Parlimen Pasir Gudang, tambahnya.
“Pertama, kena ada penyelenggaraan. Seumur hidup ia tidak pernah diselenggara. Ia sepatutnya kena diselenggara kerana pasir tanah akan masuk ke dalam dan menyebabkan kawasan itu cetek.
"Kedua, kena jaga benteng. Jika rosak, ia akan menyebabkan masalah air keluar dengan cepat dan berlakunya banjir. Selalunya kena pantau apa berlaku, setahun atau dua kali setahun," kata Tan.
Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah maklum mengenai permasalahan itu.
Katanya, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga telah melakukan semula penstukturan gabion struktur kekal konkrit dan cerucuk keping di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Adib Azhari Daud
#air
#air pasang
#banjir
#banjir kilat
#Benteng
#cerucuk keping
#gabion struktur kekal
#Johor
#Johor Jaya
#kesesakan lalu lintas
#kolam tadahan
#MBJB
#Pasir Gudang
#penyelenggaraan
#sistem perparitan
#Tan Tuan Peng
#tanah mendap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan