awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti wi-fi diwujudkan di Sabah

Bernama
Bernama
26/11/2015
05:40 MYT
Komuniti wi-fi diwujudkan di Sabah
Sebanyak 212 menara komunikasi bagi perkhidmatan selular 2G dan 3G telah dilaksanakan di Sabah. - Gambar Fail
Kerajaan mewujudkan sebanyak 1,200 Komuniti Wi-fi (KW) di seluruh Sabah sebagai usaha menanam minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian masyarakat luar bandar.
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Siringan Gubat berkata daripada jumlah itu sebanyak 339 KW telah ditamatkan kontraknya berikutan kawasan terbabit mempunyai liputan selular seperti 3G
"Sementara sebanyak 73 lagi dalam peringkat penyediaan (pelaksanaan) KW di Sabah," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Jeffrey G Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu rancangan kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan internet di Sabah termasuk pemberian wi-fi percuma sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Sementara itu, Siringan berkata sehingga kini, sebanyak 212 menara komunikasi bagi perkhidmatan selular 2G dan 3G telah dilaksanakan di Sabah.
Menurut beliau, sebanyak 440 lokasi turut dinaik taraf 3G di Sabah dan dua lokasi lagi masih dalam peringkat pelaksanaan naik taraf.
Pada masa sama, beliau berkata capaian jalur lebar 3G di bawah program peluasan liputan TIME 3 turut menembusi hingga ke Tanjung Labian dan Tambisan.
Namun, katanya, keadaan geografi berbukit bukau dan kepadatan penduduk yang berselerak menjadi antara faktor menyebabkan liputan kurang memuaskan.
Topic Berkaitan
#ICT
#Jeffrey G Kitingan
#komuniti wi-fi
#Siringan Gubat
#teknologi maklumat dan komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan