awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat berpanjangan berpotensi ganggu pasaran baja Malaysia - FIAM

Bernama
Bernama
19/03/2026
11:17 MYT
Konflik Asia Barat berpanjangan berpotensi ganggu pasaran baja Malaysia - FIAM
Menurut FIAM, jadual penggunaan baja juga akan terganggu oleh penghantaran yang tertangguh dan risiko hasil akan meningkat jika baja perlu dicatu atau digantikan dengan alternatif gred rendah. - Gambar fail
Konflik yang berterusan di Asia Barat, jika berlarutan, boleh menyebabkan gangguan struktur yang teruk dalam pasaran baja Malaysia, menurut Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM).
“Dalam senario terburuk, sektor perladangan dan pertanian perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan kos yang berterusan, catuan bekalan dan kelewatan operasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut FIAM, rantau Asia Barat pada masa ini merupakan pembekal utama gas asli, urea, ammonia dan sulfur — bahan penting untuk pengeluaran baja pada peringkat global dan ketidakstabilan yang berpanjangan akan mengekang kapasiti pengeluaran selain mengganggu aliran eksport.
Katanya, impak paling kritikal adalah terhadap logistik maritim berikutan risiko yang meningkat di sepanjang laluan perkapalan utama termasuk Laut Merah, Selat Hormuz dan Terusan Suez, memaksa kapal yang membawa baja pukal untuk menukar laluan melalui Tanjung Harapan.
“Perubahan sedemikian akan menambah 10 hingga 14 hari kepada masa transit, meningkatkan penggunaan bahan api kapal sebanyak 40 peratus dan kadar pengangkutan dengan ketara.
“Selain itu, premium insurans kapal yang melalui zon konflik dijangka meningkat dengan ketara, dalam beberapa kes sehingga tiga kali ganda, sekali gus menjadikan kos keseluruhan lebih tinggi,” katanya.
Menurut FIAM, kesan daripada perjalanan yang lebih panjang, caj penghantaran yang lebih tinggi dan ketersediaan kapal yang berkurangan akan mewujudkan kesesakan dalam rantaian bekalan global, dengan negara pengimport di Asia dan Afrika, yang amat bergantung pada eksport dari Timur Tengah, dijangka menghadapi kelewatan dan kekurangan bekalan.
“Peniaga dan pengedar, yang menjangka gangguan berpanjangan, akan terus menyimpan stok, menambah tekanan permintaan spekulatif selain kekurangan bekalan.
“Pada masa yang sama, turun naik dalam pasaran gas asli akan meningkatkan kos pengeluaran ammonia dengan masalah dalam penghantaran,” katanya.
Katanya jadual penggunaan baja juga akan terganggu oleh penghantaran yang tertangguh dan risiko hasil akan meningkat jika baja perlu dicatu atau digantikan dengan alternatif gred rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIAM
#Asia Barat
#baja
#gred rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan