Konflik Asia Barat: Hezbollah dakwa serang ibu pejabat tentera Israel di Tel Aviv

Hezbollah mendakwa, mereka menyasarkan Kirya di pusat Tel Aviv “dengan beberapa peluru berpandu khas” serta sebuah fasiliti milik perisikan tentera Israel di utara bandar tersebut. - Gambar AP
Kumpulan pejuang dari Lubnan, Hezbollah mendakwa, mereka menyasarkan Kirya di pusat Tel Aviv “dengan beberapa peluru berpandu khas” serta sebuah fasiliti milik perisikan tentera Israel di utara bandar tersebut.
Kirya merupakan lokasi ibu pejabat tentera Israel, selain menempatkan beberapa fungsi kerajaan yang lain.
Setakat ini, tiada kenyataan segera dikeluarkan oleh pihak Israel berhubung dakwaan serangan oleh Hezbollah tersebut. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
