awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran tegaskan tiada rundingan dengan AS, dakwa diplomasi hanya sandiwara

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
07:48 MYT
Konflik Asia Barat: Iran tegaskan tiada rundingan dengan AS, dakwa diplomasi hanya sandiwara
Esmail Baghaei (foto) menegaskan bahawa Iran mempunyai pengalaman lalu berhubung 'diplomasi AS', merujuk kepada dua siri serangan yang berlaku dalam tempoh sembilan bulan ketika Tehran sedang dalam proses rundingan isu nuklear sebelum ini. -Gambar fail
Kementerian Luar Iran menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kononnya kedua-dua negara kini sedang terlibat dalam proses rundingan bagi meredakan konflik di Asia Barat.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, dalam satu temu bual bersama saluran berita India Today, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak boleh dipercayai.
Beliau menegaskan bahawa Iran mempunyai pengalaman lalu berhubung 'diplomasi AS', merujuk kepada dua siri serangan yang berlaku dalam tempoh sembilan bulan ketika Tehran sedang dalam proses rundingan isu nuklear sebelum ini.
"Itu adalah satu pengkhianatan terhadap diplomasi. Bagaimana untuk mempercayai dakwaan rundingan sedangkan Iran kini dibedil secara berterusan dengan peluru berpandu dan bom oleh pihak AS dan Israel?" tegas beliau.
Walau bagaimanapun, Esmail Baghaei mengesahkan bahawa beberapa negara jiran dan rakan sekutu telah menghubungi Iran untuk menawarkan khidmat sebagai perantara.
Mengulas mengenai peranan Pakistan, beliau mengakui Islamabad mempunyai niat baik dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, sentiasa berhubung rapat dengan rakan sejawatnya di Pakistan serta diplomat dari negara-negara serantau yang bimbang akan kesan buruk peperangan tersebut.
Esmail Baghaei turut menambah bahawa mesej Iran kepada semua pihak tengah adalah sangat jelas, iaitu negara itu akan terus mempertahankan kedaulatannya daripada sebarang serangan luar dan tidak akan terperdaya dengan tuntutan diplomasi yang dianggap sebagai sandiwara semata-mata.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Esmail Baghaei
#abbas araghchi
#rundingan AS-Iran
#konflik Asia Barat
#Pakistan Air Force
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan