awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS keluar amaran keselamatan global, gesa rakyat tingkat waspada

Bernama
Bernama
23/03/2026
02:24 MYT
Konflik Asia Barat: AS keluar amaran keselamatan global, gesa rakyat tingkat waspada
Rakyat Amerika di luar negara dinasihatkan supaya mematuhi panduan daripada kedutaan atau konsulat AS yang terdekat. - Gambar/ X TravelGov

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengeluarkan amaran keselamatan di seluruh dunia, menggesa rakyatnya, khususnya di Asia Barat, supaya meningkatkan tahap kewaspadaan, lapor Anadolu Ajansi.

Agensi itu memberi amaran bahawa kumpulan yang menyokong Iran mungkin menyasarkan kepentingan AS serta lokasi yang berkaitan dengan rakyat Amerika di seluruh dunia.

Amaran itu menyatakan kemudahan diplomatik AS di luar Asia Barat telah pun menjadi sasaran dan turut memberi peringatan mengenai penutupan ruang udara secara berkala yang boleh menyebabkan gangguan perjalanan.

Rakyat Amerika di luar negara dinasihatkan supaya mematuhi panduan daripada kedutaan atau konsulat AS yang terdekat.

Amaran itu dikeluarkan ketika serangan AS-Israel terhadap Iran memasuki minggu keempat, dengan Tehran bertindak balas melalui serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Serangan itu bermula pada 28 Feb dan dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#rakyat Amerika
#Amerika Syarikat
#amaran keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan