awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KPKM nilai kesan terhadap sektor makanan negara

Bernama
Bernama
10/03/2026
14:23 MYT
Konflik Asia Barat: KPKM nilai kesan terhadap sektor makanan negara
Mohamad Sabu menyampaikan tazkirah semasa hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Warga KPKM Sempena Ramadan 2026 di Wisma Tani, Putrajaya, 10 Mac 2026. --fotoBERNAMA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang menilai kemungkinan kesan konflik di Asia Barat terhadap sektor makanan negara termasuk potensi kenaikan kos input pertanian susulan ketidaktentuan harga minyak dunia.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini kesan langsung terhadap bekalan makanan negara dijangka terhad kerana kebanyakan makanan import Malaysia tidak diperoleh dari negara di Asia Barat.
Beliau berkata sebahagian besar bekalan makanan import negara datang dari negara ASEAN, India, Pakistan, New Zealand, Australia, Brazil dan China.
“Buat masa ini kesannya tidak berapa banyak kerana barang-barang makanan yang kami import tidak banyak dari Asia Barat.
“… tapi oleh kerana kesan kenaikan harga minyak itu barangkali akan mengakibatkan kenaikan harga dan sebagainya, kami tunggulah laporan yang dibuat kerana kami tidak boleh secara agak-agak,” katanya.
Mohamad berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama warga KPKM sempena Ramadan 2026 di sini semalam.
Beliau bagaimanapun berkata kenaikan harga minyak dunia berpotensi memberi kesan kepada kos pengeluaran pertanian termasuk kemungkinan peningkatan harga baja.
“Pegawai kementerian kini menjalankan analisis secara intensif bagi mendapatkan maklumat awal serta membuat unjuran sekiranya harga minyak meningkat secara berterusan.
“KPKM juga sedang melaksanakan proses semakan stok bagi menilai jumlah bekalan input pertanian sedia ada serta tempoh bekalan itu mampu bertahan,” katanya.
Mohamad berkata antara langkah lain termasuk merancang keperluan bekalan berdasarkan stok sedia ada selain meningkatkan usaha pengeluaran makanan tempatan.
Beliau berkata usaha itu melibatkan penggunaan teknologi baharu dalam sektor pertanian selain membuka kawasan pertanian baharu, khususnya di Sabah dan Sarawak serta membangunkan tanah terbiar.
Pada masa sama, Mohamad berkata kerajaan terus memberi tumpuan kepada isu keterjaminan makanan, khususnya bekalan beras yang juga komponen keselamatan makanan paling utama negara walaupun ketika ini harga beras import stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#konflik Asia Barat
#keterjaminan makanan
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan