awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penyelesaian damai menyeluruh – PM Anwar

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
01:08 MYT
Konflik Asia Barat: Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penyelesaian damai menyeluruh – PM Anwar
Perdana Menteri Anwar berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai ketegangan yang semakin meruncing di Asia Barat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai ketegangan yang semakin meruncing di Asia Barat
Dalam perbualan itu, Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Iran atas kehilangan besar membabitkan kepimpinan tertinggi negara tersebut, termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan, selain korban orang awam termasuk kanak-kanak.
Kata Anwar, Malaysia mengecam sekeras‑kerasnya serangan Israel yang didukung Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, sambil menyatakan kebimbangan terhadap negara‑negara sahabat di Teluk yang turut terkesan.
"Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam adalah tidak dapat diterima, kerana ia jelas melanggar undang‑undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan.
"Saya turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan syarat terdapat penamatan perang secara muktamad," kata Perdana Menteri dalam hantaran di akaun media sosial beliau, hari ini.
Dalam masa sama, Anwar mengingatkan bahawa sejarah menunjukkan gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya mengulangi kitaran keganasan — seperti yang berlaku di Gaza dan Lubnan.
Sehubungan itu, Malaysia,kata Perdana Menteri, menegaskan bahawa sebarang usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau berkenaan.
Perdana Menteri turut menghargai penghargaan Presiden Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia dan menegaskan komitmen untuk memperkukuh solidariti antara kedua‑dua negara.
Anwar juga menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk terus mendoakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#PM Anwar Ibrahim
#Presiden Masoud Pezeshkian
#penyelesaian damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan