awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Pelajar Kelantan kekal selamat, teruskan pembelajaran seperti biasa

Bernama
Bernama
08/04/2026
10:11 MYT
Konflik Asia Barat: Pelajar Kelantan kekal selamat, teruskan pembelajaran seperti biasa
Wan Roslan berkata setakat ini kerajaan negeri belum merancang untuk membawa pulang pelajar memandangkan keadaan masih terkawal. - Foto BERNAMA
Lebih 1,000 pelajar Kelantan yang sedang mengikuti pengajian di Asia Barat berada dalam keadaan selamat dan masih meneruskan pembelajaran seperti biasa walaupun berdepan situasi konflik di rantau itu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata kerajaan negeri sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan bagi memastikan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.
“Kita juga menasihatkan mereka supaya sentiasa mengikuti dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan.
“Lebih 200 pelajar Kelantan sedang menuntut di Jordan manakala lebih 800 lagi di Mesir. Setakat ini, kelas berjalan seperti biasa dan semua pelajar mematuhi arahan yang dikeluarkan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.
Beliau berkata ibu bapa pelajar turut disaran agar sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan serta pegawai kebajikan yang bertugas bagi mendapatkan perkembangan terkini anak masing-masing.
Wan Roslan berkata setakat ini kerajaan negeri belum merancang untuk membawa pulang pelajar memandangkan keadaan masih terkawal.
“Harapan kita agar krisis dan konflik ini dapat segera berakhir supaya pelajar dapat meneruskan pengajian dengan baik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata permohonan bagi Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan dibuka bermula 9 hingga 19 April ini dan pelajar yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Yayasan Islam Kelantan atau melalui laman sesawang rasmi yayasan berkenaan.
“Inisiatif ini bukan sekadar memberi ganjaran, tetapi juga simbol galakan dan motivasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
“Kerajaan negeri percaya pelaburan dalam pendidikan adalah asas kepada pembangunan umat dan negeri yang lebih maju serta berdaya saing,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 1,200 pelajar SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) layak menerima sumbangan RM500 tahun lepas, dan jumlah itu dijangka meningkat tahun ini termasuk melibatkan pelajar luar bandar, dengan anggaran keseluruhan sumbangan tidak melebihi RM1 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
# pelajar Kelantan
#Asia Barat
#selamat
#Wan Roslan Wan Hamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan