awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia

Agensi
Agensi
19/03/2026
23:26 MYT
Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia
Pezeshkian menegaskan, tindakan agresif Amerika Syarikat boleh mencetuskan kesan global yang serius sekiranya masyarakat antarabangsa tidak bertindak tegas. - Gambar fail
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian memberi amaran bahawa pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iran serta pembunuhan bekas pemimpin tertinggi negara itu “mewakili satu pendekatan baharu dalam pertikaian antarabangsa yang akan meruntuhkan sistem perundangan dunia."
Beliau menegaskan, tindakan agresif sedemikian boleh mencetuskan kesan global yang serius sekiranya masyarakat antarabangsa tidak bertindak tegas.
“Jika masyarakat antarabangsa tidak berdiri teguh menentang krisis ini, api daripada percikan ini akan membakar pakaian ramai orang,” katanya dalam satu hantaran di X.
Amaran itu dibuat ketika ketegangan di rantau tersebut terus meningkat.
Pada masa sama, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan gelombang serangan baharu yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Israel, termasuk Tel Aviv, selain beberapa pangkalan AS di seluruh rantau, menurut agensi berita Fars yang berafiliasi dengan IRGC.
Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan tentang risiko konflik lebih meluas, sekali gus menguatkan lagi mesej Presiden Pezeshkian bahawa tindakan unilateral dan ketenteraan boleh membawa implikasi besar terhadap kestabilan serta struktur undang‑undang antarabangsa. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika serang Iran
#pencerobohan
#Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan