awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Malaysia pada titik penting peralihan ke Bandar AI - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS serah pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang

Agensi
Agensi
25/03/2026
03:11 MYT
Konflik Asia Barat: AS serah pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang
Presiden Trump sebelum ini mendakwa, rundingan sedang berlangsung dan Iran “mahu membuat perjanjian,” termasuk bersetuju menghentikan usaha mendapatkan senjata nuklear. - Gambar AP
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan satu pelan 15 perkara kepada Iran dalam usaha menamatkan konflik di Asia Barat, menurut laporan Reuters yang memetik sumber rapat dengan rundingan itu.
Pelan berkenaan terlebih dahulu didedahkan oleh The New York Times dan disampaikan kepada Teheran melalui Pakistan.
Bagaimanapun, kedudukan Israel dalam pelan tersebut masih menjadi tanda tanya.
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, menegaskan, beliau “tidak mengetahui” sebarang penglibatan Israel dalam rundingan antara AS dan Iran setakat ini.
Menurut laporan, pelan itu menumpukan kepada program peluru berpandu balistik serta nuklear Iran, selain keselamatan laluan maritim strategik termasuk Selat Hormuz.
Media Israel, Channel 12 melaporkan, Washington mencadangkan gencatan senjata selama sebulan sebagai ruang untuk rundingan lebih mendalam.
Antara syarat yang difahamkan terkandung dalam pelan itu termasuk:
  • Iran perlu menyerahkan semua uranium yang telah diperkaya serta menghentikan aktiviti pengayaan baharu
  • Pembongkaran sepenuhnya keupayaan nuklear sedia ada
  • Penghentian pembiayaan dan persenjataan kumpulan proksi di rantau berkenaan
  • Selat Hormuz diisytiharkan sebagai zon pelayaran bebas dan kekal terbuka.
Sebagai balasan, laporan itu menyebut, Tehran bakal menikmati penamatan semua sekatan ekonomi oleh AS - sekatan yang telah menekan ekonomi Iran bertahun-tahun.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini mendakwa, rundingan sedang berlangsung dan Iran “mahu membuat perjanjian,” termasuk bersetuju menghentikan usaha mendapatkan senjata nuklear.
Namun, laporan CBS News memetik pegawai Kementerian Luar Iran yang hanya mengesahkan mereka menerima “beberapa cadangan” melalui perantara untuk diteliti, tanpa mengesahkan sebarang rundingan langsung dengan Washington. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#pelan 15 perkara
#perang
#rundingan
#Amerika-Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan