awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Trafik kapal di Selat Hormuz kekal rendah, konflik berlarutan

Bernama
Bernama
10/04/2026
03:10 MYT
Konflik Asia Barat: Trafik kapal di Selat Hormuz kekal rendah, konflik berlarutan
Laluan strategik Selat Hormuz dilaporkan menyaksikan pergerakan kapal yang minimum pada Jumaat, walaupun gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran masih berkuat kuasa. - Gambar fail Reuters
Laluan strategik Selat Hormuz dilaporkan menyaksikan pergerakan kapal yang minimum pada Jumaat, walaupun gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran masih berkuat kuasa.
Data penjejakan kapal oleh MarineTraffic menunjukkan trafik di laluan yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia itu masih terhad, mencerminkan gangguan berterusan terhadap aliran tenaga global.
Situasi itu turut menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan gencatan senjata dua minggu antara Washington dan Tehran, yang kini dilihat semakin rapuh menjelang rundingan dijadual berlangsung di Pakistan.
Amerika Syarikat menuduh Iran gagal mematuhi komitmen berkaitan laluan tersebut, manakala Israel pula dilaporkan melancarkan serangan ke atas Lubnan, tindakan yang menurut Tehran melanggar perjanjian gencatan senjata.
Setakat ini, tiada tanda-tanda Iran akan menarik balik sekatan hampir menyeluruh terhadap Selat Hormuz dengan Tehran menyatakan serangan berterusan Israel di Lubnan sebagai faktor utama yang menghalang kelonggaran laluan itu.
Presiden AS, Donald Trump, dalam hantaran di media sosial menyifatkan Iran gagal memastikan aliran minyak berjalan lancar.
“Ini bukan perjanjian yang kita capai,” katanya, sambil mengkritik tindakan Iran yang didakwa tidak membenarkan pergerakan minyak seperti dipersetujui.
Gangguan tersebut dilihat sebagai antara yang paling serius pernah direkodkan terhadap bekalan tenaga global, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan pasaran minyak dunia.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#trafik kapal
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan