awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian

Agensi
Agensi
06/04/2026
21:03 MYT
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
Presiden Trump menjawab soalan wartawan dalam sidang media di White House pada Isnin. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan amaran keras terhadap Iran dengan menyatakan negara itu boleh “dilenyapkan sepenuhnya dalam satu malam” sekiranya Tehran gagal mematuhi tuntutan Washington dalam konflik ketenteraan yang sedang memuncak.
Kenyataan tersebut disampaikan Trump dalam sidang media di White House pada Isnin ketika ditanya mengenai hala tuju perang dan tarikh akhir yang ditetapkan Amerika Syarikat kepada Iran.
Dakwa Trump, Amerika Syarikat mempunyai keupayaan ketenteraan untuk melancarkan serangan menyeluruh yang boleh melumpuhkan keseluruhan infrastruktur kritikal Iran dalam masa beberapa jam sahaja.
Beliau menegaskan, tarikh akhir sehingga Selasa, jam 8 malam waktu Timur AS, diberikan kepada Iran untuk bersetuju dengan satu perjanjian yang ditetapkan Washington atau berdepan serangan besar-besaran.
Antara tuntutan utama Amerika Syarikat ialah pembukaan sepenuhnya Selat Hormuz kepada lalu lintas antarabangsa, khususnya bagi perdagangan minyak dan gas global, yang kini terjejas akibat konflik berkenaan.
Trump turut memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi tuntutan itu akan menyebabkan serangan terhadap jambatan, loji janakuasa dan kemudahan tenaga Iran, yang disifatkannya sebagai “kemusnahan menyeluruh.”
Dalam masa sama, Presiden AS itu berkata, beliau masih berharap Iran memilih laluan diplomasi dan rundingan, sekali gus mengelakkan tindakan ketenteraan yang lebih agresif.
Dalam sidang media yang sama, Trump juga memaklumkan kejayaan operasi menyelamat seorang anggota tentera udara Amerika Syarikat yang pesawatnya ditembak jatuh di wilayah Iran.
Beliau menyifatkan misi tersebut sebagai antara operasi paling berisiko tinggi, melibatkan puluhan aset udara dan sokongan perisikan mendalam, serta membuktikan keupayaan ketenteraan Amerika Syarikat.
Trump juga menepis kebimbangan mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sambil menyatakan ancaman sebenar adalah usaha Iran memiliki senjata nuklear.
“Kami tidak mahu perang, tetapi kami tidak akan berkompromi dengan keselamatan global,” kata Trump, merujuk kepada pendirian tegas Washington dalam isu nuklear Iran.
Sementara itu, Iran dilaporkan menolak cadangan gencatan senjata sementara yang dikemukakan mediator antarabangsa, dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah dan tidak adil.
Penolakan itu meningkatkan lagi kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan peluasan konflik di rantau Asia Barat.
Penganalisis ketenteraan berpendapat, kenyataan Trump bertujuan memberi tekanan maksimum kepada Iran supaya akur kepada syarat Washington sebelum tempoh masa yang ditetapkan tamat.
Ketegangan berterusan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap keselamatan serantau, malah turut mencetuskan ketidaktentuan pasaran tenaga dan ekonomi global. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran dilumpuhkan
#ingkar perjanjian
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan