awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Iran-Israel: Malaysia gesa henti permusuhan, fokus kepentingan Palestin

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2024
07:56 MYT
Konflik Iran-Israel: Malaysia gesa henti permusuhan, fokus kepentingan Palestin
Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa semua pihak di Asia Barat berhati-hati agar tidak memburukkan lagi situasi yang sudah sedia tegang.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menegaskan sebarang bentuk provokasi atau tindakan balas boleh mencetuskan konflik yang dahsyat dan tidak akan memberi manfaat kepada wilayah itu serta kepentingan Palestin.
"Malaysia menyahut seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan serta-merta dan menamatkan permusuhan ini.
"Ini kerana sebarang bentuk serangan, ofensif atau defensif, akan mengakibatkan situasi luar kawalan, dan akhirnya akan mengorbankan lebih ramai nyawa yang tidak bersalah," kenyataan itu menyebut.
Masyarakat antarabangsa juga diingatkan supaya tidak terlepas pandang terhadap objektif bagi memastikan kebebasan rakyat Palestin dan hak mereka ke atas tanah sendiri.
Sebarang gangguan daripada objektif ini adalah apa yang Israel mahukan bagi mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan tidak berperikemanusiaan mereka di Palestin.
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#Kementerian Luar
#Malaysia
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan