awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
Pengeluaran dron Iran meningkat 10 kali ganda sejak perang - Pegawai tentera
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan: Kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia jika ada risiko - PM Anwar

Bernama
Bernama
17/04/2023
07:35 MYT
Konflik Sudan: Kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia jika ada risiko - PM Anwar
ANWAR: Saya dapat laporan pagi tadi...kita rasa keadaan rakyat kita di sana (ketika ini) masih terkawal... tapi sebaik sahaja ada risiko, kita akan terus bawa mereka pulang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan ketika ini dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dapat laporan pagi tadi...kita rasa keadaan rakyat kita di sana (ketika ini) masih terkawal... tapi sebaik sahaja ada risiko, kita akan terus bawa mereka pulang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.
Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyarankan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka dalam titah baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#konflik di Sudan
#Yang di-Pertuan Agong
#bawa pulang rakyat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan