awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres khas DAP satu proses dalaman parti - Fahmi

Astro AWANI
Astro AWANI
21/02/2026
08:04 MYT
Kongres khas DAP satu proses dalaman parti - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall, di sini hari ini. - Foto Bernama
Kongres khas DAP pada 12 Julai depan adalah sebahagian daripada proses dalaman parti itu untuk memastikan ketetapan organisasi dipatuhi, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata DAP telah memaklumkan lebih awal tentang penganjuran kongres berkenaan.
"Ini adalah proses dalaman bagi DAP untuk pastikan keputusan yang dicapai dituruti dalam parti mereka. Jadi, itu adalah proses bagi DAP dalam membuat keputusan," katanya kepada media selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall di sini hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kongres itu akan memberi ruang kepada perwakilan menentukan sama ada pemegang jawatan parti perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.
Loke turut memaklumkan bahawa 40 Ahli Parlimen parti itu akan terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal.
Sementara itu, Fahmi berkata fokus utama kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah memperkukuh ekonomi negara dan mempertingkat reformasi institusi.
Ia termasuk usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta RUU mengenai Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri yang dijadual dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin ini.
"Hasrat kita adalah untuk pastikan Malaysia berada di kedudukan yang terbaik pada tahun ini, insya-Allah.
"Jadi, saya percaya usaha Kerajaan MADANI ini berada di landasan yang tepat dan semua parti komponen memahami usaha dan ikhtiar, termasuk rakan-rakan daripada DAP," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kongres khas DAP
#Fahmi Fadzil
#Anthony Loke
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan