awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI

Bernama
Bernama
02/07/2024
13:34 MYT
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Mohd Faridh Hafez berkata objektif lain yang ingin dicapai dalam simposium dua hari itu ialah meneroka strategi baharu untuk membawa agenda Islam ke tahap lebih tinggi. - Gambar FB/Shenandoah University
KUALA LUMPUR: Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar berkata objektif lain yang ingin dicapai dalam simposium dua hari itu ialah meneroka strategi baharu untuk membawa agenda Islam ke tahap lebih tinggi.
"Pendekatan baharu yang diterokai dapat menunjukkan bahawa masyarakat Islam yang sederhana itu seimbang, adil dan diterima pelbagai pihak.
"Ini juga bagi memastikan Islam tidak lagi dilihat ekstrem atau seperti yang sedang berlaku dalam konteks dunia yang penuh kacau-bilau dan peperangan, (sehingga) nilai kemanusiaan itu tidak diendahkan dan nyawa manusia seperti tiada nilai," katanya ketika ditemu bual dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV di sini hari ini.
Beliau berkata tumpuan simposium yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia itu juga mengutamakan koloborasi antara dunia Islam bagi mengerakkan semua masyarakat khususnya generasi muda ke arah yang sama.
"Ia cabaran kepada semua pihak khususnya generasi muda hari ini yang saya anggarkan 40 peratus populasi di Malaysia yang akan memacu negara ke hadapan.
"Kita melihat perkembangan dunia itu memihak kepada ekonomi dan kita sebagai pengguna tidak boleh melupakan (tekad) untuk mempunyai jati diri yang kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Simposium Antarabangsa MADANI
#generasi muda
#jati diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan